ISU 4: Hak Kanak-kanak terhadap Pendidikan
Apa Masalahnya?
- Semua kanak-kanak berhak mendapat pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang atau keadaan diri.
Kenapa Ia Berlaku? (Punca)
- Faktor kemiskinan atau masalah keluarga.
- Lokasi sekolah di pedalaman yang jauh.
- Kurang kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pendidikan.
Apa Buruknya? (Kesan)
- Pelajar tercicir dari alam persekolahan.
- Peningkatan kadar buta huruf dan pengangguran.
- Jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar melebar.
Pernah Nampak Ini? (Contoh)
- Murid tidak hadir ke sekolah kerana membantu ibu bapa bekerja.
- Pelajar terpaksa ponteng untuk menjaga adik-adik di rumah.
- Kawan yang tidak mampu membeli buku atau pakaian seragam.
MISI KITA DI SEKOLAH: (Peranan Sekolah)
- Dasar Inklusif: Melaksanakan 'Pendidikan untuk Semua' dan 'Zero Reject Policy' untuk memastikan tiada yang tercicir.
- Bantuan Kebajikan: Menyediakan bantuan seperti RMT, KWAMP, dan dermasiswa untuk murid miskin.
- Teknologi Digital: Memperluas penggunaan DELIMa untuk memberi peluang pembelajaran saksama di pedalaman.
- Latihan Guru: Melatih guru agar peka terhadap pelajar berisiko tercicir melalui intervensi awal.